Klik Dengan Bijak & Akaun Palsu
17 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun 2018 pada hari sabtu, dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari, kelas Advokasi Klik Dengan Bijak dibawah tajuk akaun palsu telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet (PI) Niah Suai. Pesertanya yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai kelas Advokasi tersebut.
Satu tajuk Advokasi telah dipilih bagi memberi penerapan mengenai fungsi klik dengan bijak dan kaitannya dengan akaun palsu. Tujuan kelas ini dibuat bertujuan untuk mengelakkan peserta dari ditipu dengan akaun palsu yang dibuat di alam maya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Disamping itu juga, peserta dikenalkan dengan portal https://sebenarnya.my/ bagi mengetahui berita-berita palsu yang mungkin tular di media social.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: